28 Disember 2009

HIJRAH 1431

Dengan nama ALLAH yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang, moga-moga apa yang akan ana coretkan kali ini mendapat keredhaan dari-NYA....InsyaALLAH.....
Alhamdulillah, setelah sekian lama bercuti, kini ana kembali ke medan perjuangan dan taman ilmu...
Alhamdulillah juga dipanjatkan ke hadrat ALLaH Taala kerana dengan limpah, kurnia, serta inayahNya, kita masih lagi dapat menghirup udara dan menikmati nikmat Islam, Iman dan Ihsan...
Sepanjang cuti selama sebulan baru-baru ini, banyak mengajar ana dalam mengaplikasikan serta mempraktikkan apa yang telah ana terima selama ini, samada secara teori ataupun perlaksanaan.
InsyaALLAH... Apa yang ana pelajari dari pengalaman-pengalaman yang tak ternilai itu akan ana gunakan untuk meneruskan kehidupan perjuangan yang penuh onak dan duri...
Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada ALLAH kerana Kasih serta SayangNya, result ana semester lepas naik dengan begitu baik, walaupun tidak tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang DL..
Tahun baru yang telah menginjak hari ke 12 ini, ana harap dan berazam untuk terus berjuang untuk mempertingkatkan lagi usaha serta ilmu samada dunia mahupun akhirat...
Sama-sama lah kita berhijrah untuk lebih mantap lagi...
wallahua'lam.....