24 Julai 2011

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS

Dijemput kepada semua sahabat2, adik2, kakak2 serta yg mngenali diri ini ke majlis kesyukuran perkahwinan ana :
NORHAYAH BINTI MUHAMAD RAZALI & YUSRI BIN YUNUS

sebelah perempuan : 2hb september 2011 bersamaan 4 syawal 1432 H

sebelah lelaki 3hb september 2011 bersamaan 5 syawal 1432 H


23 Mac 2011

"15" AMALAN MEMBINA PERIBADI MUKMIN


1. Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari isnin dan khamis.


2. Sembahyang di awal waktu dan berusahalah untuk bangun malam menunaikan solat sunat tahjjud.


3. Kurangkan waktu tidur anda dan perbanyakkan membaca al-Quran.


4. Perhatilah dan tepatilah setiap janji.


5. Bersedekahlah kepada fakir miskin.


6. Hindarilah daripada tempat-tempat maksiat.


7. Berpakaian secara sederhana.


8. Janganlah menganjurkan sesuatu program yang berunsurkan maksiat atau yang boleh memberi peluang kepada berlakunya maksiat.


9. Bersukanlah dengan pakaian yang menutup aurat.


10. Perbanyakkanlah mentelaah pelbagai buku yang bermanfaat.


11. Pelajarilah ilmu-ilmu teknik yang diperlukan oleh negara Islam.


12. Pelajarilah ilmu tauhid dalam bahasa Arab dan perdalamkanlah.


13. Janganlan terlalu berkira-kira mengingati amalan-amalan baik yang telah kita lakukan, tetapi ingatlah akan dosa-dosa yang telah kita lakukan, dan perbaikilah ianya.


14. Pandanglah fakir miskin dari segi material dan ulama' dari segi spritual.


15. Ikutilah perkembangan umat Islam sedunia.

28 Januari 2011

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC







DENGAN HANYA MENCARUM RM100 SEBULAN...
ANDA AKAN MENDAPAT PELBAGAI MANFAAT...
ANTARANYA :-

1) ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK. (Minimum : UPSR = 5A, PMR = 7A, SPM = 7A)
* 1A = RM100
2) MANFAAT PEMBAYAR > Sumbangan dikecualikan sehingga tempoh matang sekiranya :-
- Pembayar Meninggal Dunia.
- Pembayar Hilang Upaya Kekal Menyeluruh.
- Pembayar ditimpa 39 Penyakit Kritikal.

3) MANFAAT ANAK :-
- Kematian @ Hilang Upaya Kekal Menyeluruh. RM 13,870.84
- Kematian Kemalangan @ Hilang Upaya Kekal Menyeluruh. RM 23,870.84
- Kemalangan Separa Kekal (mengikut %). RM 10,000.00
- Dana 40 Jenis Penyakit Kritikal. RM 10,000.00
- Manfaat Harian Hospital (Mengikut Jumlah Hari) RM 50.00

4) TABUNG PENDIDIKAN...
- Tempoh Matang / Serahan RM 33,335.79
5) PELEPASAN CUKAI...
- Maksimum Sehingga... (Tertakluk kepada Sumbangan KWSP) RM 3,000.00
6) BERAMAL JARIAH...
- Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana At-Ta'awuni...

HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ...
naz_kehidupan85@yahoo.com.my

SIMPANAN , PELABURAN, PERLINDUNGAN (IKHLAS SAVING TAKAFUL)



HANYA SIMPAN RM100 SEBULAN, MAMPU MELINDUNGI KELUARGA ANDA...
ANTARA MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA
:-

1) Manfaat Kematian (penyakit)
2) Manfaat Kematian (kemalangan)
3) Penyakit Kritikal
4) Manfaat Kemalangan
5) Elaun Hospital
6) Khairat Kematian
7) Pengecualian cukai

SERTAILAH SEGERA...
HUBUNGI SAYA SEGERA...
ANDA MAMPU MENJADI PENYELAMAT KELUARGA...

04 Julai 2010

FIBROMYALGIA


Fibromyalgia merupakan suatu masalah kesihatan yang tidak diketahui punca sebenarnya atau lebih tepat lagi, dianggap misteri. Masalah ini biasanya terjadi dan menyerang wanita, tidak kira sama ada muda atau dewasa. Mengikut kajian di internet, penyakit ini kebiasaannya didapati di negara-negara seperti Sweden, Amerika Syarikat dan sekitarnya. Di Malaysia, penyakit ini jarang ditemui atau dengan lebih tepat, tiada kes yang dilaporkan.


Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lesu, sakit pada hampir seluruh otot badan selain mengakibatkan penghidapnya berasa serba tidak kena atau menjadi gelisah. penyakit fibromyalgia akan menyebabkan sakit, tegang dan bengkak pada bahagian otot, tendon dan sendi, sekali gus menjejaskan keupayaan bekerja atau untuk melakukan aktiviti harian.


Sesetengah pakar perubatan berpendapat fibromyalgia kemungkinan disebabkan penghidapnya mempunyai sel saraf terlalu sensitif dan bahan kimia dalam otak (neurotransmitter) keluar daripada keseimbangan atau berkaitan dengan masalah dengan fasa dalam tidur tetapi tiada fakta yang boleh menyokongnya, sekali gus menyebabkan ia menjadi sungguh `unik'.


Berikutan keunikan fibromyalgia itu, sekumpulan pakar dari seluruh Asia Tenggara cuba menjalankan kaji selidik mengenai penyakit berkenaan menerusi program Kaji Selidik Kesedaran, Kebimbangan dan Gaya Fibromyalgia Asia Tenggara (S.E Asia FACTS) yang diketuai Presiden Persatuan Pengajian Kesakitan Kronik Thailand, Prof Bersekutu Pradit Prateepavanich. Kaji selidik itu mendapat sokongan Pfizer Inc dan segala datanya dikumpul selama sebulan sejak Jun lalu dibentangkan kepada media dari Malaysia, Indonesia dan Thailand di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. Kaji selidik itu dibentangkan sendiri oleh Prof Pradit dan Ketua Kawalan Kesakitan Klinik Makati di Pusat Perubatan Makati, Filipina, Dr Henry Lu.


Kaji selidik berkenaan membabitkan 506 responden awam dan 941 doktor di lima negara Asia Tenggara iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Hasilnya menunjukkan bahawa fibromyalgia kurang difahami sama ada oleh responden awam atau doktor sendiri hingga menyebabkan pesakit terpaksa menunggu antara tiga hingga empat bulan untuk diagnosis.


Kaji selidik juga mendedahkan pesakit yang mempunyai pengalaman fibromyalgia akan mengalami konsekuensi kewangan yang serius kerana tidak mampu bekerja hingga menyebabkan hidup mereka semakin tertekan. fibromyalgia disifatkan sebagai sesuatu yang umum tetapi ia kronik, tersebar luas dan sudah mempengaruhi 40 juta orang di seluruh dunia. Data saintifik menyokong konsep `neuron hiper-sifat dapat dirangsang di bahagian pemprosesan dan emosional dalam otak' dan ini menjelaskan kenapa pesakit fibromyalgia lebih peka terhadap rasa sakit, sakit lebih teruk daripada orang lain, pesakit miskin yang sangat respons terhadap tekanan.


Fibromyalgia biasanya disertai kurang tidur, simpulan dan kelelahan. Perempuan lebih senang mengalaminya berbanding lelaki dengan nisbah 9:1. Secara umumnya, kesakitan akibat fibromyalgia selalunya bermula daripada otot dan boleh berlaku pada dua bahagian tubuh sama ada di bawah atau atas paras pinggang yang menjejaskan leher, punggung, bahu, lengan, bahagian atas badan dan dada. Simptom fibromyalgia juga berbeza bagi setiap penghidapnya iaitu hampir 90 peratus pesakitnya akan berasa keletihan yang keterlaluan yang dikaitkan dengan pola tidur yang luar biasa disebabkan tidak mendapat kualiti tidur yang cukup kerana biasanya akan kerap terjaga daripada tidur dan sukar melelapkan mata kerana sakit otot. pesakit fibromyalgia juga biasanya akan mengalami gangguan emosi yang boleh dilihat menerusi masalah seperti kurang tumpuan, mudah lupa, perasaan mudah berubah-ubah, tertekan dan kerisauan.


Disebabkan punca fibromyalgia tidak diketahui, tiada satu rawatan khusus untuk membantu melegakan simptom berkenaan. Oleh itu, perbincangan dengan doktor membantu memastikan rawatan terbaik tetapi biasanya akan mengambil pil atau ubat melegakan otot serta senaman terapi yang dikenal pasti juga boleh membantu.

FIBROMYALGIA


What is the fibromyalgia?


Fibromyalgia (new lat., fibro-, fibrous tissues, Gk. myo-, muscle, Gk. algos-, pain, meaning muscle and connective tissue pain; also referred to as FM or FMS) is a medical disorder characterized by chronic widespread pain and allodynia, a heightened and painful response to pressure. Fibromyalgia symptoms are not restricted to pain, leading to the use of the alternative term fibromyalgia syndrome for the condition. Other core symptoms include debilitating fatigue, sleep disturbance, and joint stiffness. Some patients may also report difficulty with swallowing, bowel and bladder abnormalities, numbness and tingling, and cognitive dysfunction. Fibromyalgia is frequently comorbid with psychiatric conditions such as depression and anxiety and stress-related disorders such as posttraumatic stress disorder. Not all people with fibromyalgia experience all associated symptoms. Fibromyalgia is estimated to affect 2-4% of the population, with a female to male incidence ratio of approximately 9:1.

Fibromyalgia is considered a controversial diagnosis, lacking scientific consensus as to its cause. Many members of the medical community do not consider fibromyalgia a disease because of a lack of abnormalities on physical examination and the absence of objective diagnostic tests.

While historically considered either a musculoskeletal disease or neuropsychiatric condition, evidence from research conducted in the last three decades has revealed abnormalities within the central nervous system affecting brain regions that may be linked both to clinical symptoms and research phenomena. These studies show a correlation, but not causation. Some research suggests that alterations in the central nervous system might be the result of childhood stress, or prolonged or severe stress. Although there is as yet no cure for fibromyalgia, some treatments have been demonstrated by controlled clinical trials to be effective in reducing symptoms, including medications, behavioral interventions, patient education, and exercise.


Signs and symptoms


The defining symptoms of fibromyalgia are chronic, widespread pain, fatigue, and heightened pain in response to pressure (allodynia). Other symptoms may include tingling of the skin, prolonged muscle spasms, weakness in the limbs, nerve pain, functional bowel disturbances, and chronic sleep disturbances.

Many patients experience cognitive dysfunction[6] (known as "brain fog" or "fibrofog"), which may be characterized by impaired concentration, problems with short and long-term memory, short-term memory consolidation, impaired speed of performance, inability to multi-task, cognitive overload, and diminished attention span. Fibromyalgia is often associated with anxiety, and depressive symptoms.

Other symptoms often attributed to fibromyalgia that may possibly be due to a comorbid disorder include myofascial pain syndrome, also referred to as chronic myofascial pain, diffuse non-dermatomal paresthesias, functional bowel disturbances and irritable bowel syndrome (possibly linked to lower levels of ghrelin), genitourinary symptoms and interstitial cystitis, dermatological disorders, headaches, myoclonic twitches, and symptomatic hypoglycemia. Although fibromyalgia is classified based on the presence of chronic widespread pain, pain may also be localized in areas such as the shoulders, neck, low back, hips, or other areas. Many sufferers also experience varying degrees of facial pain and have high rates of comorbid temporomandibular joint disorder. 20-30% of patients with rheumatoid arthritis and systemic lupus erythematosus may also have fibromyalgia.

An epidemiology study consisting of an internet-based survey of 2,596 people with fibromyalgia reported that the most frequently cited factors perceived to worsen fibromyalgia symptoms were emotional distress (83%), weather changes (80%), sleeping problems (79%), strenuous activity (70%), mental stress (68%), worrying (60%), car travel (57%), family conflicts (52%), physical injuries (50%) and physical inactivity (50%). Other factors included infections, allergies, lack of emotional support, perfectionism, side effects of medications, and chemical exposures.

17 Jun 2010

UniSZA

macam tak percaya jer... akhirnya UDM ditukarkan nama jadi UniSZA... cantik jugak nama tu, walaupun nampak susah jer nak sebut... harap-harap suasan sosial di kampus pun berubah... baru la secantik nama baru kampus...
bila diingat2 semula masa nak tukar nama UDM dulu... aduh! bukan senang jugak, sampai habis beratus2 ribu rasanye... ntahla betul atau tak... cuma dengar2 dari mulut orang2 yg boleh dipercayai la jugak...
Agak2 nyer, pentadbiran tukar @ tak?
kan best kalu jadi masa zaman KUSZA dulu... penuh dengan rahmat ALLAH.. sekarng ni, macam jadi tempat bermaksiat jer...
mari la kita ramai2 pakat doa dan bekerja lebih keras lagi untuk memartabatkan islam di bumi UniSZA...
chayok2!!!

19 Februari 2010

NasiHaT

Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya) :
"Agama itu adalah nasihat!" Kami bertanya : "Untuk siapa, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab : "Untuk Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin kaum
muslimin dan orang awam mereka."

Nasihat ada fungsi dan perana tersendiri dalam hidup masyarakat kita. Islam amat menekankan soal nasihat ini, bahkan ia adalah suatu kemestian jika diminta, dan ia mestilah dilakukan mengikut aturan, etika dan akhlaknya. Janganlah sampai melencong dari tujuannya yang sebenar sehingga ia memberi kesan yang sebaliknya.
Kaum wanita sudah tentu merupakan mereka yang paling memerlukan nasihat dan tunjuk ajar. Justeru, amatlah penting menitikberatkan mengenai adab-adab menasihati orang supaya tercapai maksud dan tujuan nasihat itu sendiri. Dikatakan demikian adalah kerana kaum wanita mempunyai perasaan yang halus dan mudah tersinggung dalam pergaulan.
Pertama, hal yang paling penting dari adab nasihat itu ialah niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. Dengan kata lain, tujuan seseorang memberi nasihat itu ialah untuk mencari redha Allah semata-mata. Nasihat bukan bermaksud untuk menasihati orang lain kerana orang itu jahat, lebih-lebih lagi kerana mahu menyakiti hatinya, atau kerana ingin menunjukkan bahawa kita lebih baik daripadanya.
Kedua, kita harus lebih dahulu yakin bahawa orang yang kita nasihati itu perlu diberi nasihat, sama ada kerana dia berbuat salah, lalai dan yang seumpamanya, dan nasihat kita hanyalah kerana ingin memperbetulkan keadaan atau meluruskan kesalahannya. Maka tidak harus memberi nasihat kepada orang lain atas dasar keraguan, khabar angin atau cakap-cakap orang yang tidak pasti kebenarannya.
Ketiga, kita harus memilih penyampaian serta cara yang paling baik, jauh dari menyakiti atau menyinggung perasaannya. Dan Rasulullah s.a.w. lebih mengutamakan penyampaian secara tidak langsung apabila memberi nasihat kepada orang lain. Contohnya, "Mengapakah mereka melakukan begini dan begini?"
Keempat, kita mesti mampu memilih waktu yang sesuai untuk memberi nasihat, kerana tidak akan diterima nasihat kita itu jika orang yang dinasihati sedang dalam keadaan sangat marah atau dalam keadaan yang tidak memungkinkan dia menerima sebarang saranan dan nasihat. Bahkan jika diteruskan juga pasti akan ditolaknya dan dia bukan sahaja tidak menurut, bahkan besar kemungkinan dia akan melakukan dia akan melakukan perkara yang sebaliknya.
Kelima, kita harus dapat memilih tempat yang sesuai dan tepat kerana nasihat di hadapan orang ramai akan menjadi skandal dan fitnah yang memalukan serta mengaibkan. Itulah sebabnya kita perlu menitikberatkan adab-adab memberi nasihat agar kita beroleh apa yang dihajati dari nasihat tersebut, supaya masyarakat kita dapat mengamalkan serta mempraktikkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang baik.
nasihat menasihati amat penting dalam kita mengharungi hidup yang penuh ranjau dan mehnah ini. Apalah gunanya kita berada dalam satu saf andainya masing-masing membawa haluan sendiri......

28 Disember 2009

HIJRAH 1431

Dengan nama ALLAH yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang, moga-moga apa yang akan ana coretkan kali ini mendapat keredhaan dari-NYA....InsyaALLAH.....
Alhamdulillah, setelah sekian lama bercuti, kini ana kembali ke medan perjuangan dan taman ilmu...
Alhamdulillah juga dipanjatkan ke hadrat ALLaH Taala kerana dengan limpah, kurnia, serta inayahNya, kita masih lagi dapat menghirup udara dan menikmati nikmat Islam, Iman dan Ihsan...
Sepanjang cuti selama sebulan baru-baru ini, banyak mengajar ana dalam mengaplikasikan serta mempraktikkan apa yang telah ana terima selama ini, samada secara teori ataupun perlaksanaan.
InsyaALLAH... Apa yang ana pelajari dari pengalaman-pengalaman yang tak ternilai itu akan ana gunakan untuk meneruskan kehidupan perjuangan yang penuh onak dan duri...
Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada ALLAH kerana Kasih serta SayangNya, result ana semester lepas naik dengan begitu baik, walaupun tidak tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang DL..
Tahun baru yang telah menginjak hari ke 12 ini, ana harap dan berazam untuk terus berjuang untuk mempertingkatkan lagi usaha serta ilmu samada dunia mahupun akhirat...
Sama-sama lah kita berhijrah untuk lebih mantap lagi...
wallahua'lam.....

07 November 2009

RINDUNYA........

16 hari tinggal kat wad..... Amat membosankan... nak study pun seksa jiwa... Tapi ader jugak yang bestnyer.... huhu.... macam-macam ragam manusia saya dapat perhatikan..
Ade yang pelik, ganjil, kelakar.... macam-macam lah....
Yang paling best dapat mengenali seseorang yang amat cekal dan kuat semangat....
Umurnya lebih kurang saya jugak cuma lebih muda 3tahun....
Dia masuk hospital sebab nak buang besi pada pehanya... pelik kan... biasanya orang masuk sebab nak masukkan besi, tapi dia ni lain pulak.... rimas katernya..
asalnya dia pernah exsiden 2tahun lepas, sebab tu ade besi kat peha dia, jadi manusia bionic agak merimaskan baginya.... time sejuk, habis sengal-sengal tulang....
nak ceritanya, hari yang dinantikan tiba lah.... sebelum masuk bilik OT dia kena makan ubat dulu, mase nak masuk tu, dia siap buat piece lagi kat saya... nakal-nakal ceria gitu masa tu pukul 3ptg... huhu...
tunggu punya tunggu, pukul 6ptg baru lah nampak dia ditolak masuk ke wad smula.... tapi, dalam mamai-mamai tu, dia sempat jugak buat piece kat saya.... aduh.... nak gelak pun ade...
masa tu, family dia ramaiyang datang.... saya ade jugak tengok besi dan skru yang dikeluarkan dari paha dia.... panjang la....
nampak dia maser tu, macam tak sakit langsung, siap citer macam mane doktor tarik besi tu... maklum lah..... bius separuh jer... memang boleh raser cuma tak sakit jer....
habis waktu melawat petang tu.... semua family dia pulang..... dia tak bagi family dia tunggu...
dah biasa macam tu....
malam tu bermula kisah dia.... kesan bius dah hilang... jadi sakit mula datang.... mula-mulanya dia cakap nak buang air kecil, dia mintak la nurse pelatih bawa kerusi roda, nurse suruh buang air kat katil jer, dia tak nak...... memang nampak degil.... tapi bila sampai tandas, dia tak dapat buang air, macam tak boleh nak keluar....
masa kat katil, kebetulan doktor datang nak check dia, dia pun ape lagi.... bertubi-tubi soalan dia tanya doktor... antara soalan yang membuat saya tergelak besar, dia tanyer doktor kenapa tak boleh keluar air kencing.... bila doktor cakap nak masukkan tiub, dia tak nak pulak.... huhu.....
sampai naik tension saya tengok muka doktor tu....
last-last... doktor cakap ambil injection tahan sakit je la dulu... nurse pun bagi la pethidine... pahtu, terus dia terlelap sampai 4jam... lame betul.... bangun jer, panggil nurse minta kerusi roda nak gi tandas.... hairan sungguh saya masa tu... dalam sakit-sakit tu dia sanggup nak g tandas juga.... kuat sangat semangat dia.... kagum juga saya pada dia...
yang pastinya.... esoknya dia dapat keluar hospital....
Tapi saya tak lost contact dengannya....
Rasenyer cukup la setakat ini dulu citer saya buat kali ni...
banyak lagi saya nak citer..
lain kali, kalu ade masa saya sambung lagi...