13 Julai 2008

Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertasyang bertulis sesuatu.
Si ibu segeramengesatkan tangan di apron menyambutkertas yang dihulurkan oleh si anaklalumembacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya.
Si ibumencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan keranabimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknyadan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen danmenulis 'Telah Dibayar' pada mukasuratyang sama ditulisnya.

12 Julai 2008

Kisah Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata :
'Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

'Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.

'Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.

'Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

'Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.

'Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?

'.Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.

'Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.

'Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringi baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

'Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.

'Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).

'Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Allaa illaaha illallah, wa ashhadu annaa Muhammadar Rasuulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan yang kami sembah melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah).

''Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.

'(Al-Baqarah : 155)

RENUNGAN

How often we wish for another chance
To make a fresh beginning.
A chance to blot out mistakes
And change failure into winning.
It does not take a special time
To make a brand-new start.
It only takes the deep desire
To try with all our heart.
To lives alittle better,
To always be forgiving.
To add a little sunshine,
In a world for which we're living.

Never give up in despair
Nor think you are through,
For there's always a tomorrow,
A chance to start anew.

22 Jun 2008

puisi buat ibu



TINGGINYA NILAI KASIHMU IBU

Ibu....
Memandang wajahmu....
Sudah cukup buatku lebih cekal,
Kasih yang dikau curahkan padaku...
Tidak ternilai harganya,
Keringat yang gugur dari wajahmu...
Membayangkan betapa tabahnya dikau..
Mengharungi hidup yang penuh ranjau,
Menempuhi jalan yang penuh berliku.

Ibu.....
Masih ku ingat waktu dulu...
Tika ku lemah melawan kesakitan,
Dikau bersengkang mata demi menjagaku,
Dikau turut mengalirkan air mata....
Tikaku menangis menahan sakitku,
Begitu hebatnya kasih mu ibu.

Ibu....
Ku sering mengucapkan janji-janji padamu,
Janji yang belum pasti pengakhirannya...
Entah termenteraikah janji itu...
Aku bimbang...
Andainya aku pergi dulu darimu,
Terkuburlah semua janji-janji itu.

Ibu.....
Menatap wajahmu yang sentiasa tersenyum...
Membuatkan diriku sentiasa diulit kebahagiaan,
Walaupun hidup kita tidaklah semewah mana,
Namun...
Wajah yang dikau pamerkan....
Kasih yang dikau curahkan....
Sudah cukup membahagiakan diriku.

Ibu.....
Ingin kukatakan padamu.....
Bahawa aku begitu beruntung memiliki ibu sepertimu,
Yang tak serik mendidik anak-anakmu...
Yang sanggup berkorban demi anak-anakmu...
Yang sanggup meluangkan masa demi anak-anakmu...

Ibu.....
Andainya...
Aku telah melukai hatimu,
Maafkanlah aku....
Andainya...
Ku telah menyakitimu tanpa sedar,
Tegurlah aku....
Halalkan tiap curahan kasihmu ibu....

kEhiDupAn yAng sUci

SaLam muJahaDah bUat TemAn2 sEpeRjuAngaN....
Hidup ini umpama roda....
sekejap di atas, dan sekejap di bawah...
Namun.....
Dengan adanya nikmat Islam dan Iman, InsyALLAH....semua dugaan yang kita lalui dapat kita tangani dengan penuh keberkatan Ilahi...