25 Mei 2009

Masalah Vena Dan Tulang


Apakah itu Vena Varikos?


Vena verikos ialah sejenis salur darah vena yang besar membenjol dan berliku-liku (ia kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol).

Tempat yang lazimnya terjadi ialah di kaki dan di bahagian belakang labu betis. Ia jelas kelihatan di permukaan kulit tempat-tempat tersebut.

Vena verikos ini juga berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain dalam bentuk:
Buasir
Varises Esofagus
Varikosel (dalam saluran sperma - skrotum)
Ia disebabkan oleh sama ada pengaliran darah yang perlahan di dalam vena yang menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki.
Hampir 15% dari orang dewasa menghadapi masalah ini. Kaum wanita lebih mudah mendapatnya berbanding dengan kaum lelaki.

0 ulasan: