Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertasyang bertulis sesuatu.
Si ibu segeramengesatkan tangan di apron menyambutkertas yang dihulurkan oleh si anaklalumembacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya.
Si ibumencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan keranabimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknyadan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen danmenulis 'Telah Dibayar' pada mukasuratyang sama ditulisnya.
Apabila Mukmin/Mukminah Jatuh Cinta..
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan