07 November 2009

RINDUNYA........

16 hari tinggal kat wad..... Amat membosankan... nak study pun seksa jiwa... Tapi ader jugak yang bestnyer.... huhu.... macam-macam ragam manusia saya dapat perhatikan..
Ade yang pelik, ganjil, kelakar.... macam-macam lah....
Yang paling best dapat mengenali seseorang yang amat cekal dan kuat semangat....
Umurnya lebih kurang saya jugak cuma lebih muda 3tahun....
Dia masuk hospital sebab nak buang besi pada pehanya... pelik kan... biasanya orang masuk sebab nak masukkan besi, tapi dia ni lain pulak.... rimas katernya..
asalnya dia pernah exsiden 2tahun lepas, sebab tu ade besi kat peha dia, jadi manusia bionic agak merimaskan baginya.... time sejuk, habis sengal-sengal tulang....
nak ceritanya, hari yang dinantikan tiba lah.... sebelum masuk bilik OT dia kena makan ubat dulu, mase nak masuk tu, dia siap buat piece lagi kat saya... nakal-nakal ceria gitu masa tu pukul 3ptg... huhu...
tunggu punya tunggu, pukul 6ptg baru lah nampak dia ditolak masuk ke wad smula.... tapi, dalam mamai-mamai tu, dia sempat jugak buat piece kat saya.... aduh.... nak gelak pun ade...
masa tu, family dia ramaiyang datang.... saya ade jugak tengok besi dan skru yang dikeluarkan dari paha dia.... panjang la....
nampak dia maser tu, macam tak sakit langsung, siap citer macam mane doktor tarik besi tu... maklum lah..... bius separuh jer... memang boleh raser cuma tak sakit jer....
habis waktu melawat petang tu.... semua family dia pulang..... dia tak bagi family dia tunggu...
dah biasa macam tu....
malam tu bermula kisah dia.... kesan bius dah hilang... jadi sakit mula datang.... mula-mulanya dia cakap nak buang air kecil, dia mintak la nurse pelatih bawa kerusi roda, nurse suruh buang air kat katil jer, dia tak nak...... memang nampak degil.... tapi bila sampai tandas, dia tak dapat buang air, macam tak boleh nak keluar....
masa kat katil, kebetulan doktor datang nak check dia, dia pun ape lagi.... bertubi-tubi soalan dia tanya doktor... antara soalan yang membuat saya tergelak besar, dia tanyer doktor kenapa tak boleh keluar air kencing.... bila doktor cakap nak masukkan tiub, dia tak nak pulak.... huhu.....
sampai naik tension saya tengok muka doktor tu....
last-last... doktor cakap ambil injection tahan sakit je la dulu... nurse pun bagi la pethidine... pahtu, terus dia terlelap sampai 4jam... lame betul.... bangun jer, panggil nurse minta kerusi roda nak gi tandas.... hairan sungguh saya masa tu... dalam sakit-sakit tu dia sanggup nak g tandas juga.... kuat sangat semangat dia.... kagum juga saya pada dia...
yang pastinya.... esoknya dia dapat keluar hospital....
Tapi saya tak lost contact dengannya....
Rasenyer cukup la setakat ini dulu citer saya buat kali ni...
banyak lagi saya nak citer..
lain kali, kalu ade masa saya sambung lagi...

KEMURUNGAN

Adakah sahabat-sahabat tahu apa yang dimaksudkan dengan kemurungan?

Saya terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah kemurungan ini....

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua mengenai gangguan kemurungan ini..



Gangguan kemurungan

Kita semua berasa sedih apabila kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tetapi gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran kita.

Ia bukannya kemuraman yang sementara.

Bukan juga satu tanda kelemahan.

Dan bukannya sesuatu yang kita boleh tamatkan dengan sendiri.

Ia juga tidak boleh dihilangkan dengan keinginan sahaja.

Mereka yang menghidap kemurungan tidak dapat menguatkan diri mereka dan pulih dengan sendiri.

Sekiranya kemurungan tidak dirawat, ia boleh berpanjangan selama beberapa bulan ataupun tahun.

Ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.

Sebagai orang Islam dan yang mempunyai iman, kita patut bersyukur kerana dengan pegangan iman yang kita ada mampu untuk kita menghindari gangguan ini...

Syukur Alhamdulillah........



Tanda-tanda Kemurungan

Mereka yang murung mungkin:

Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.

Hilang minat atau hilang semangat.

Mengalami masalah tidur.

Hilang selera makan serta turun berat badan.

Tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik.

Memikirkan tentang mati.

Mempunyai symptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastric/ perut dan kesakitan yang kronik.



Punca Kemurungan

Biasanya melibatkan beberapa faktor:

Kecenderungan genetik-Penyakit yang boleh diwarisi.

Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.

Tekanan diri alam persekitaran.

Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.

Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.


Bagi pakar-pakar psikologi kemurungan ini merupakan suatu penyakit....

Sejauh mana kesohehannya tidak dapat saya pastikan...

Tetapi, sebagai orang Islam yang berpegang dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita, seharusnya kita dapat menghindari dan mendangani cabaran-cabaran ini...