Adakah sahabat-sahabat tahu apa yang dimaksudkan dengan kemurungan?
Saya terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah kemurungan ini....
Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua mengenai gangguan kemurungan ini..
Gangguan kemurungan
Kita semua berasa sedih apabila kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tetapi gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran kita.
Ia bukannya kemuraman yang sementara.
Bukan juga satu tanda kelemahan.
Dan bukannya sesuatu yang kita boleh tamatkan dengan sendiri.
Ia juga tidak boleh dihilangkan dengan keinginan sahaja.
Mereka yang menghidap kemurungan tidak dapat menguatkan diri mereka dan pulih dengan sendiri.
Sekiranya kemurungan tidak dirawat, ia boleh berpanjangan selama beberapa bulan ataupun tahun.
Ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.
Sebagai orang Islam dan yang mempunyai iman, kita patut bersyukur kerana dengan pegangan iman yang kita ada mampu untuk kita menghindari gangguan ini...
Syukur Alhamdulillah........
Tanda-tanda Kemurungan
Mereka yang murung mungkin:
Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
Hilang minat atau hilang semangat.
Mengalami masalah tidur.
Hilang selera makan serta turun berat badan.
Tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik.
Memikirkan tentang mati.
Mempunyai symptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastric/ perut dan kesakitan yang kronik.
Punca Kemurungan
Biasanya melibatkan beberapa faktor:
Kecenderungan genetik-Penyakit yang boleh diwarisi.
Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.
Tekanan diri alam persekitaran.
Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.
Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.
Bagi pakar-pakar psikologi kemurungan ini merupakan suatu penyakit....
Sejauh mana kesohehannya tidak dapat saya pastikan...
Tetapi, sebagai orang Islam yang berpegang dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita, seharusnya kita dapat menghindari dan mendangani cabaran-cabaran ini...
Apabila Mukmin/Mukminah Jatuh Cinta..
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan