28 Disember 2009

HIJRAH 1431

Dengan nama ALLAH yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang, moga-moga apa yang akan ana coretkan kali ini mendapat keredhaan dari-NYA....InsyaALLAH.....
Alhamdulillah, setelah sekian lama bercuti, kini ana kembali ke medan perjuangan dan taman ilmu...
Alhamdulillah juga dipanjatkan ke hadrat ALLaH Taala kerana dengan limpah, kurnia, serta inayahNya, kita masih lagi dapat menghirup udara dan menikmati nikmat Islam, Iman dan Ihsan...
Sepanjang cuti selama sebulan baru-baru ini, banyak mengajar ana dalam mengaplikasikan serta mempraktikkan apa yang telah ana terima selama ini, samada secara teori ataupun perlaksanaan.
InsyaALLAH... Apa yang ana pelajari dari pengalaman-pengalaman yang tak ternilai itu akan ana gunakan untuk meneruskan kehidupan perjuangan yang penuh onak dan duri...
Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada ALLAH kerana Kasih serta SayangNya, result ana semester lepas naik dengan begitu baik, walaupun tidak tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang DL..
Tahun baru yang telah menginjak hari ke 12 ini, ana harap dan berazam untuk terus berjuang untuk mempertingkatkan lagi usaha serta ilmu samada dunia mahupun akhirat...
Sama-sama lah kita berhijrah untuk lebih mantap lagi...
wallahua'lam.....

07 November 2009

RINDUNYA........

16 hari tinggal kat wad..... Amat membosankan... nak study pun seksa jiwa... Tapi ader jugak yang bestnyer.... huhu.... macam-macam ragam manusia saya dapat perhatikan..
Ade yang pelik, ganjil, kelakar.... macam-macam lah....
Yang paling best dapat mengenali seseorang yang amat cekal dan kuat semangat....
Umurnya lebih kurang saya jugak cuma lebih muda 3tahun....
Dia masuk hospital sebab nak buang besi pada pehanya... pelik kan... biasanya orang masuk sebab nak masukkan besi, tapi dia ni lain pulak.... rimas katernya..
asalnya dia pernah exsiden 2tahun lepas, sebab tu ade besi kat peha dia, jadi manusia bionic agak merimaskan baginya.... time sejuk, habis sengal-sengal tulang....
nak ceritanya, hari yang dinantikan tiba lah.... sebelum masuk bilik OT dia kena makan ubat dulu, mase nak masuk tu, dia siap buat piece lagi kat saya... nakal-nakal ceria gitu masa tu pukul 3ptg... huhu...
tunggu punya tunggu, pukul 6ptg baru lah nampak dia ditolak masuk ke wad smula.... tapi, dalam mamai-mamai tu, dia sempat jugak buat piece kat saya.... aduh.... nak gelak pun ade...
masa tu, family dia ramaiyang datang.... saya ade jugak tengok besi dan skru yang dikeluarkan dari paha dia.... panjang la....
nampak dia maser tu, macam tak sakit langsung, siap citer macam mane doktor tarik besi tu... maklum lah..... bius separuh jer... memang boleh raser cuma tak sakit jer....
habis waktu melawat petang tu.... semua family dia pulang..... dia tak bagi family dia tunggu...
dah biasa macam tu....
malam tu bermula kisah dia.... kesan bius dah hilang... jadi sakit mula datang.... mula-mulanya dia cakap nak buang air kecil, dia mintak la nurse pelatih bawa kerusi roda, nurse suruh buang air kat katil jer, dia tak nak...... memang nampak degil.... tapi bila sampai tandas, dia tak dapat buang air, macam tak boleh nak keluar....
masa kat katil, kebetulan doktor datang nak check dia, dia pun ape lagi.... bertubi-tubi soalan dia tanya doktor... antara soalan yang membuat saya tergelak besar, dia tanyer doktor kenapa tak boleh keluar air kencing.... bila doktor cakap nak masukkan tiub, dia tak nak pulak.... huhu.....
sampai naik tension saya tengok muka doktor tu....
last-last... doktor cakap ambil injection tahan sakit je la dulu... nurse pun bagi la pethidine... pahtu, terus dia terlelap sampai 4jam... lame betul.... bangun jer, panggil nurse minta kerusi roda nak gi tandas.... hairan sungguh saya masa tu... dalam sakit-sakit tu dia sanggup nak g tandas juga.... kuat sangat semangat dia.... kagum juga saya pada dia...
yang pastinya.... esoknya dia dapat keluar hospital....
Tapi saya tak lost contact dengannya....
Rasenyer cukup la setakat ini dulu citer saya buat kali ni...
banyak lagi saya nak citer..
lain kali, kalu ade masa saya sambung lagi...

KEMURUNGAN

Adakah sahabat-sahabat tahu apa yang dimaksudkan dengan kemurungan?

Saya terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah kemurungan ini....

Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua mengenai gangguan kemurungan ini..



Gangguan kemurungan

Kita semua berasa sedih apabila kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tetapi gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran kita.

Ia bukannya kemuraman yang sementara.

Bukan juga satu tanda kelemahan.

Dan bukannya sesuatu yang kita boleh tamatkan dengan sendiri.

Ia juga tidak boleh dihilangkan dengan keinginan sahaja.

Mereka yang menghidap kemurungan tidak dapat menguatkan diri mereka dan pulih dengan sendiri.

Sekiranya kemurungan tidak dirawat, ia boleh berpanjangan selama beberapa bulan ataupun tahun.

Ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.

Sebagai orang Islam dan yang mempunyai iman, kita patut bersyukur kerana dengan pegangan iman yang kita ada mampu untuk kita menghindari gangguan ini...

Syukur Alhamdulillah........



Tanda-tanda Kemurungan

Mereka yang murung mungkin:

Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.

Hilang minat atau hilang semangat.

Mengalami masalah tidur.

Hilang selera makan serta turun berat badan.

Tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik.

Memikirkan tentang mati.

Mempunyai symptom-simptom fizikal yang berpanjangan seperti sakit kepala, masalah gastric/ perut dan kesakitan yang kronik.



Punca Kemurungan

Biasanya melibatkan beberapa faktor:

Kecenderungan genetik-Penyakit yang boleh diwarisi.

Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.

Tekanan diri alam persekitaran.

Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini.

Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.


Bagi pakar-pakar psikologi kemurungan ini merupakan suatu penyakit....

Sejauh mana kesohehannya tidak dapat saya pastikan...

Tetapi, sebagai orang Islam yang berpegang dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita, seharusnya kita dapat menghindari dan mendangani cabaran-cabaran ini...

20 Oktober 2009

Paravertebral Muscle spasm

Paravertebral Muscle spasm: Introduction


Spasm in the muscles of the either side of the midline of the spinous process.

Common Causes: Paravertebral Muscle spasm

Some of the possible common medical causes of Paravertebral Muscle spasm may include:

1)Spinal osteoblastoma

2)Paravertebral abscess

3)Scoliosis

4)Tumours

5)Cold abscess

6)Spinal compression

7)Drug reactions


Scoliosis :
Scoliosis is a musculoskeletal disorder in which there is a sideways curvature of the spine, or backbone. The bones that make up the spine are called vertebrae. Some people who have scoliosis require treatment. Other people, who have milder curves, may only need to visit their doctor for periodic observation.


Tumours :
The word "tumor" actually refers to any type of lump or swelling in the body. Although common parlance is to use the word "tumor" in relation to cancer, cancer is only one type of tumor (i.e. a malignant tumor), and other types include benign tumors, cysts, abscess, etc. The word "neoplasm" is often used as the medical term for any cell overgrowth, including benign neoplasm (non-cancerous) and malignant neoplasm (cancerous). Any type of tumor needs prompt professional medical investigation.


Cold abscess :
an abscess without heat or other usual signs of inflammation.
Source: Stedman's Medical Spellchecker, © 2006 Lippincott Williams & Wilkins. All rights reserved.


Drug reactions :
These medical condition or symptom topics may be relevant to medical information for Drug reaction:

A negative reaction to a drug or medical procedure. The reaction can range from mild to life-threatening. It may also be called an adverse event or adverse effect. Adverse reaction are most commonly associated with medicine or substance use.

Other Causes: Paravertebral Muscle spasm

Some of the less common causes of Paravertebral Muscle spasm may include:

1)Injection of a local anaesthetic

2)Infection

3)Hematoma

4)Local anasthetic toxicity

5)Nerve injury

6)Total spinal anasthesia

7)Quadriceps muscle weakness


Misdiagnosis of Paravertebral Muscle spasm

Vitamin B12 deficiency under-diagnosed: The condition of Vitamin B12 deficiency is a possible misdiagnosis of various conditions, such as multiple sclerosis.

Vitamin B12 Deficiency: A deficiency of Vitamin B12 primarily causes anemias the body is unable to make sufficient quantities of normal red blood cells. Severe cases can lead to permanent nervous system problems. The vitamin B12 deficiency can result from absorption problems, insufficient dietary intake, certain medications (e.g. metformin), inherited conditions (e.g. transcobalamin deficiency) and certain chronic parasitic intestinal infestations.


Multiple Sclerosis:

Multiple sclerosis is a nerve or spinal cord disease that causes random damage to parts of the nervous system. The result is a diverse range of possible symptoms depending on which parts of the cord are damaged, and how often the inflammation reoccurs. Typical symptoms are any kind of tingling, numbness, burning sensations, "pins-and-needles" or other types of sensory changes in various parts of the body; also possible are vision changes.

Prognosis of multiple sclerosis is highly variable. Some people have very minor problems, whereas others can end up in a wheelchair, lose vision, or other nasty complications. It just depends which part of the spinal cord or nervous system is attacked. Some people have what is called a "single sclerosis" where there is only one incident of a sclerosis (lesion) on the spinal cord, and this may or may not progress to "multiple" sclerosis.

The cause of multiple sclerosis is an autoimmune disease, which means that the immune system is somehow triggered to mount an attack against its own good cells - in this case the cells that surround nerves.

13 September 2009

RiNdu SemaLam...........


Hidup ni mcm2 kita ibaratkan... Walau apapun tanggapan kita terhadap kehidupan ni, jangan kita lupa pada Pencipta sebenar kehidupan..... Dia lah yang menghidupkan kita... Alhamdulillah.....
Ish..... muqadimah entah ape2 la ana ni.... hehe.... Kadang2, bila keseorangan, ingatan pada zaman persekolahan sering bermain2 dalam fikiran ni.... Semuanya terbayang kat otak ni.... Teringat kenangan manis, pahit,tawar n macam2 la... huhu...
Tapi antara kenangan2 tu, pasti terselit satu nama yang pastinya tak pernah luput di ingatan ni..... Syarifah Sofiatul Balqis............ Seorang kanak2 yang ceria dan comel... walaupun masa kenal dengannya, dia masih lagi kecil, tapi ingatan padanya xpernah pudar.... Hairan sungguh, biasanya kebanyakan orang akan teringat pada kekasih lama, tapi berlainan pula ngan ana ni...
Sudah hampir Dah hampir 4 tahun tak jumpa dengan nya..... Rasenyer sekarang dah masuk 8 tahun umur dia..... Teringat pada celotehnya, memang membuatkan ana sentiasa ceria..... Kadang-kadang, bila tiba waktu riadhah, ana akan habiskan masa bersamanya.....bermain,berbual,study n mcm2 la....
Kadang-kadang dia selalu ikut abuya nya ke kuliah maghrib, yang pastinya, dia akan segera mencari ana.... Gelak tawanya memang menceriakan keadaan.... Ana akan bawanya ke bilik2 pelajar menemankan ana membuat checking bagi memastikan semua penghuni asrama turun ke kuliah maghrib.....
aduh.... kalu cakap pasal sofiah memang takkan cukup 1hari ana menulis.... Apa2 pun.... ana doa n harapkan Sofiah sentiasa bahagia berada di samping adik2nya serta abuya & bondanya.....

01 September 2009

RaMaDhaN KaReemm

salam ramadhan buat semu.... sedar tak sedar dah, hari ni dah masuk 12 ramadhan... cukupkah amalan kita selama 12 hari ramadhan ni.... terdetik rase hati ni untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan semua... Alhamdulillah.. hari ni ana rase sihat sedikit berbanding semalam... sudah beberapa hari tak masuk kelas... moga kesihatan ini kekal untuk hari-hari seterusnya... Insyaallah... Sudah banyak pelajaran yang tertinggal... walau apapun, dalam mengejar kejayaan dalam akademik, perjuangan takkan dilupakan... kedua-duanya perlu seiring... moga hati ini terus cekal dalam melalui hari-hari mendatang...
Bila sebut pasal perjuangan, malam tadi ana terserempak dengan senior sekolah dulu... sudah lama ana tak jumpa dengannya... Alhamdulillah rezeki ana malam tadi... Bila tengok dia, ana teringat zaman perjuangan di sekolah dahulu... Dia adalah antara senior yang begitu mantap dalam perjuangan... Mungkin Allah nk tambahkan kekuatan dan kecekalan ana dalam meneruskan perjuangan di alam kampus ini setelah berjumpa dengan senior ana itu... ish.. panjang pula celoteh pagi-pagi ni.... hari ni banyak keje nak buat n settle kan... test,jumpa adik-adik, ambil telefon...
Huhu... sebut pasal telefon... sedih benar rasenyer... virus ape la yang serang handphone ana...
Rasenye cukuplah buat pagi ni... nak siap-siap ke kelas pula....

21 Julai 2009

KENALI JUNJUNGAN KITA ( NABI MUHAMMAD S.A.W )

BIODATA NABI
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Di antara kata-kata para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

25 Mei 2009

Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)


“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertakhtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)


Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)


“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)


“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)


“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)


Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya istri-istri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nomor 1557)
Masalah Vena Dan Tulang


Apakah itu Vena Varikos?


Vena verikos ialah sejenis salur darah vena yang besar membenjol dan berliku-liku (ia kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol).

Tempat yang lazimnya terjadi ialah di kaki dan di bahagian belakang labu betis. Ia jelas kelihatan di permukaan kulit tempat-tempat tersebut.

Vena verikos ini juga berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain dalam bentuk:
Buasir
Varises Esofagus
Varikosel (dalam saluran sperma - skrotum)
Ia disebabkan oleh sama ada pengaliran darah yang perlahan di dalam vena yang menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki.
Hampir 15% dari orang dewasa menghadapi masalah ini. Kaum wanita lebih mudah mendapatnya berbanding dengan kaum lelaki.

01 Mac 2009

PERANGKAP TIKUS


Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan dengan penuh minat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata, salah satu yang dibeli oleh petani itu adalah Perangkap Tikus.
Sang tikus terkejut bukan kepalang.
Ia segera berlari menuju kandang dan berteriak " Ada Perangkap Tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."
Ia mendatangi ayam dan berteriak "ada perangkap tikus"
Sang Ayam berkata " Tuan Tikus..., Aku turut bersedih, tapi itu tidak mempengaruhi diriku"
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak "ada perangkap tikus".
Sang Kambing pun berkata " Aku turut bersimpati...tapi tidak ada apa-apa yang boleh aku lakukan"
Tikus lalu menemui Sapi.
Ia mendapat jawapan sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali"
Ia lalu lari ke hutan dan bertemu Ular.
Sang ular berkata " Ahhh...Perangkap Tikus yang kecil tidak akan mencelakai aku"
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah mengetahui kalau ia akan menghadapi bahaya sendiri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara keras perangkap tikusnya berbunyi menandakan telah memakan korban.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun sang Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, sang isteri tidak sempat diselamatkan.
Sang suami terus membawa isterinya ke rumah sakit dan kemudian isterinya sudah boleh pulang namun beberapa hari kemudian isterinya tetap demam.
Ia lalu minta dibuatkan sup ceker ayam oleh suaminya. (kita semua tau, sup ceker ayam sangat bermanfaat buat mengurangi demam)
Suaminya dengan segera menyembelih ayamnya untuk dimasak cekernya.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda..
Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.
Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih, isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sekali orang datang pada saat pengebumiannya.
Sehingga sang Petani terpaksa menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang datang menziarah.
Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
JADI...SUATU HARI..KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESULITAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI